Blogger Layouts

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
I'm so fragile. Please handle with care.

Wednesday 4 January 2012

Happy ending of 2011

Hi, assalamualaikum.

Setelah beberapa bulan tak update blog, baru hari ni terasa nak update. Rasa rindu diri dulu-dulu yg sangat rajin update blog walaupun apa yg ditulis tu merapu. Since dah jadi student balik ni, rasa macam tak dapat nak bernafas. Lagi-lagi masa pertengahan semester hari tu. Dengan assignments, quizzes, presentations and macam-macam lg la. Baru je nak bernafas, tests pulak datang bertimpa-timpa.

Sekarang tengah final exam. Baru lepas 1 paper. Rasa sekejap sangat dah habis 1 sem. Tapi, orang cakap sem 1 senang. So, rasa cepat je habis. Nanti sem 2 rasa lama nak habis. Sem 1 senang???? Ohhh, maybe orang genius kot yg cakap tu. Kita ni merangkak-rangkak je nak study degree ni. Susah nak mampos. Dah lah tercampak jauh kat sini. Rindu zaman diploma, belajar senang, plus, dekat pulak tu.. :(

Banyak sangat rasanya nak cerita ni. Dalam tempoh yg aku takde update ni, banyak sangat benda-benda yg jadi. Yg sedih, yg gembira semua ada. Nak cerita yg best-best dulu la. Haritu masa cuti pertengahan semester, aku jalan-jalan pergi Singapore for the 1st time. Merasa lah pergi obersi. Chewah, obersi katanya. Negara ke-4 yg pernah aku visit. Singapore best. Murah rezeki, ada orang belanja masuk Universal Studios. Best gilaaaaaaaaa. Rasa nak pergi lagi. Beberapa hari selepas aku balik dari Singapore tu, USS lancarkan Transformers pulak kat situ. Melepasss!

Balik je dari Singapore, jalan-jalan kat JB. Pujuk punya pujuk mak, dapat la aku benda yg paling dikehendaki dalam hidup. Tak pernah rasanya nak kan sesuatu sampai begitu perasaannya (ketika itu). Finally, dapat la iPad 2. Nak masuk 2 bulan dah pakai iPad ni. Best. Tapi belum jailbreak. So, apps yg inin didownload tersangat lah terhad. Pilih mana-mana yg free je. Haha. Sedih kan! Thanks sgt dekat mak sebab sudi belikan iPad untuk anak dia yg paling comel ni :)

2 minggu selepas tu, aku ke JB lg. Kali ni, datang dengan teman-teman kesayangan. Cuba teka buat apa? Haaaaaaa, bestfriend aku kat Poly, Intan, bertunang. Teringat masa zaman-zaman Poly. Aku, Amoy and Intan ni selalu berangan, sape la yg akan tunang or kahwin dulu. Semua cakap aku. Siot je kan? Muka gatal sangat ke aku ni? Hahaha. Sudahnya dia yg tunang dulu. And of course dia la yg kahwin dulu sebab majlis nya bulan Mei ni. I'm happy for you! :)

Seminggu selepas tu, ada majlis tunang jugak. Kali ni, orang yg sangat rapat dengan aku. Kakak sulung aku bertunang. Bukan bertunang pun, datang risik je. Buat majlis kecil-kecilan je. Panggil saudara-mara. Tak buat kenduri pun. So, bukan lah tunang namanya kan? Kakak aku cukup marah kalau aku cakap majlis tunang. Risik je katanya. And the happiest story of this entry adalah bulan April ni kakak aku kahwin. Yahoooo. Nanti kad jemputan sampai ok? :)

Selepas tu, kehidupan berjalan seperti biasa. Masa Christmas aku ke JB lg. Kali ni balik rumah aunty kat Pasir Gudang and sambil menyelam minum air, aku and family pergi JPO. Nak promote ni, malas nak cerita apa-apa, cuma mampu cakap "kalau nak jadi orang gila, sila pergi JPO". Hehehe. Pergi tau, korang! Barang murah-murah. Serius tak tipu!

Dah habis kot cerita happy aku. Tinggal nak cerita yg sedih je ni. Hurmm, cerita paling menyedihkan adalah kita dah masuk tahun 2012. Umur dah semakin meningkat. Dari Forever 21 dah jadi 22. How sad. Semakin tua dah. Azam tahun ni, tak nak minum ais. Minum ais pun sekali-sekala je. Azam tahun ni lg, nak dapat body macam Atilia. Hahahaha. Tak bole bla la azam kau, Eja. Sure kena gelak punya ni kalau kawan-kawan aku baca. Seminggu kena bahan.

Cerita sedih yg lain-lain tu, biar lah aku simpan sendiri. Simpan kemas-kemas dalam hati supaya tak bersepah nanti. Hehehe. By the way, Selamat Tahun Baru wahai pembaca-pembaca sekalian. Jumpa lg next entry yg tak diketahui bila. Hewhew. Bye :)