Blogger Layouts

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
I'm so fragile. Please handle with care.

Wednesday 31 August 2011

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

Tuesday 23 August 2011

Emosi

Pernah tak korang rasa emo? Rasa setiap malam before tido nak menangis. Everyday nak pasang lagu sedih. Buat apa semua tak kena sebab emosi yg melampau. Nak makan tak lalu. Pernah tak?

Kita pernah rasa dulu, tahun 2008. Masa tu emosi kita memang tahap melampau. And kita berdoa sangat, kalau boleh kita taknak lalui lagi keadaan yg macamtu. Sakit sangat!

And kita harap awak faham. Thanks.

Monday 22 August 2011

Double Date

Jumpa Amoy and Daus kelmarin. Jalan2 pergi Damansara, from The Curve to OU. From OU, back to The Curve for buka puasa. Naik cab from The Curve to OU sebab malas nak bawak kereta. Masa pergi kena tekan sampai RM 23. Hambek kau, masa nak balik ke The Curve RM 6 je. Grrrr!

Kitaorang buka buasa dekat Waroeng Penyet, lepastu pergi lepak dekat Starbucks. Ok, jangan cakap Starbucks tak halal lagi ye? Itu isu lama and Starbucks adalah HALAL! Jangan ragu2 ok, darlings? :)

Daus and my B. *sama gila 2 orang ni*
Me & my girlfriend, Amoy :)
Sorry gambar quite blur sebab snap pakai henpon je!

Buka Puasa with SDA's

Assalamualaikum. Hi semua!

Hari Sabtu lepas, kita pergi buka puasa with SDA's (Sahabat Dunia Akhirat katanya) dekat Flaming Steamboat, Shah Alam. Kira aktiviti tahunan kitaorang la jugak ni. Tahun lepas buat buka puasa dekat Kg Jawa je, makan tomyam. Ada yg kata dah boring berbuka nasi, nak tukar angin makan buffet. Katanyaaaa!

Kiranya kita lah orang yg busy prepare semua dari kutip duit, booking tempat, kita lah yg uruskan. Alhamdulillah, lepas bincang2, ada yg kejap jadi kejap tak jadi, ramai jugak yg join dalam 22 orang. Ada yg datang single, ada yg datang bawak pasangan. 

Seperti biasa, siapa yg single tu confirm kena bahan la. Kena gossip dengan orang tu la, orang ni la. Nasib baik kita tak single. Yg mana2 single tu, harap2 tahun depan datang bawak calon la ye. HEHE. Bayar RM 30 per head. Tapi kita rasa steamboat dia biasa2 je. Ketam Village tetap di hatiku! :p

Lepas berbuka, kitaorang pergi Dataran Shah Alam. Saja cuci mata, tapi tak ada apa2 sbb awal lagi masa tu. Masing2 boring, so kitaorg gerak pergi Ampang tengok view KL, kita tak ingat lah apa nama tempat tu. Lepak2 ambil angin je lepastu pergi sahur dekat Kg. Baru then baru balik.

This is my man. Setia ikut kita pergi mana2. Thanks, B :)
Aiman, Alyp & Capiq. They are so cool! :)
My 2 bestfriends since primary school. Zee & Adila. Both single! *kelakar gila diorang ni!*
This is Iki, my ex-bf. HAHA. Yg belakang yg menyibuk tu, Chacha! :p
Fenddy, Emei & Iki 
Last but not least. Sempat gak celebrate birthday Jiji walaupun dah basi. Gf dia yg sponsor  kek :)

Nak dekat pukul 5 pagi jugak sampai rumah malam tu. We had so much fun that day. Cerita pasal sekolah rendah dulu la apa la. Kalau dah kumpul camni memang gamat la kan! Masing2 macam kena rasuk je. Btw, kita sayang gila diaorang ni walau apa pun jadi. Dah macam adik-beradik! Sayang korang! *kisses*

Banyak gambar sebenarnya. Tapi tak dan nak upload semua. Mana2 yg tak ada jangan kecik hati ok? Kita tetap sayang kat korang! :)

Tuesday 16 August 2011

Stalker.

1
2
3

Sila baca ikut turutan di atas. Manusia di atas adalah manusia yg stalk kita dekat Twitter. Suka sangat, gelak2 dengan kawan2 dia, HAHAHAHAHA lagi siap gelak besar, tapi dia tak rasa ke bila dia cakap camni, menampakkan sangat yg dia tu stalk orang. Entah2 masa stalk kita pun, akak tak tido malam kan? Tak pandai lah akak ni. Hikhik. Akak belum khatam lagi kot bab2 stalk orang ni. Akak kena belajar dengan kita :p

Sorry la, kita tak berapa pandai nak edit2 apa yg kita print screen ni. Tu yg comot sikit. As long akak dapat  nampak apa yg akak tulis ni, cukup la kan? Byeeeeee :)

*Actually dah lama dah draft benda ni tapi tak post, today baru terasa nak post*

Monday 15 August 2011

Nyonya Kitchen

Assalamualaikum, hi semua. Kita baru je balik dari berbuka puasa dekat Restoran Nyonya Kitchen dekat Bayu Perdana, Klang. Aaaa, now kenyang gila! Banyak gila kita makan tadi. Sedap pulak lauk2 dia. Alahai, tak tahan kita tengok. And now dah rasa seluar kita dah ketat balik! :p

Tadi kita makan bertiga dengan Mak and Kak Ain. So, kitaorang ambil set untuk 4 pax sbb yg 3 pax tak ada. Nak ambil set untuk 2 pax takut tak cukup pulak! Hahaha, very the tamak. Kan? Ada asam pedas ikan, ayam pandan, udang goreng rempah and sayur kacang buncis.

Set untuk 4 pax tu harga dia 98++. Okey la kan? Set tu merangkumi lauk2 yg kita sebut tadi. Lepastu, ada buffet kuih2, buah2, air panas and cendol. Yg buffet tu boleh la ambil sebanyak mana yg korang nak! Hehe, tp tak termakan lah. Banyak sangat!

Udang Goreng Berempah
Asam Pedas Ikan Senangin
Ayam Pandan *my fav*
Buffet set : kuih-muih, buah-buahan, air panas & cendol

Tu jela nak cerita. Sorry la, kualiti gambar tak berapa nak bagus sebab ambil pakai henpon je. Camera terlupa nak bawa :)

Jumpa lagi ye next entry. Bye bye. *kisses*

Friday 12 August 2011

2 years & 4 months



If a hug represented how much I loved you, I would hold you in my arms forever..

I want it!


Kita nak sangat Ipad2! Kak Ain, belanja la Ipad2 ni. Belanja laaaaaa! Bagi la hadiah sempena kita dapat sambung belajar ni. 

Nak! Nak! Nak! :(

Thursday 11 August 2011

Sacrifice

Assalamualaikum. Again.

Rajinnya kita, asyik nak update blog je sekarang ni. Sekali lagi, kita nak cerita pasal further study. Just now, my B and I had a heart to heart conversation about this matter. Kita cakap dengan dia yg kita sedih sangat nak berpisah dengan dia, nak berpisah dengan mak, kakak2, kawan2 semua.

Sedih memang sedih la kan. Masa kitaorg baru bersama, I mean couple la kan, kita tengah study jugak. Sem 2 dekat Poly PD. Masa tu pun dah nak penghujung sem. Ada la sekali dua kot dia datang PD masa tu. Naik sem 3, kita dah start practical. Dekat area rumah je. Boleh kata everyday dia ambik masa balik kerja.

Naik balik sem 4, kita back to PD. Masa tu tengah hangat sangat lah bercinta. Every week balik rumah mak. Itu pun selalu dia yg ambik and hantar sbb belum ada license lagi masa tu. Mak kita sampai cakap, kita ni manja sangat. Bukan tak boleh balik sendiri. Senang cerita memang lagi banyak sama2 dari berpisah jauh. Jauh tu pun tak jauh mana, PD je. Hehe :)

Kita untung sbb diploma kita 2 tahun je. Habis sem 4 tu, habis lah diploma kita. Masa tu Jun 2010. Start dari Jun 2010 sampai lah sekarang kita duduk dekat rumah mak which is sekampung dengan B kita ni. Masa kerja Tmn Tun, Damansara pun kita berulang. Senang cerita dari Jun 2010 sampai sekarang kita tak pernah lagi berpisah jauh dengan dia.

Tak sampai sebulan lagi, kita dah kena register dekat Sri Iskandar, Perak. I'm not sure whether I'll be there until my last sem or 1 year only. Dah dengar khabar dari kawan2, diaorang cakap Sri Iskandar jauh. Almost 3 jam kalau dari sini (rumah kita). Alhamdulillah, sekarang kita dah ada license, kita boleh la bawak kereta kalau dibenarkan.

Kalau dulu, bila2 masa nak jumpa pun boleh. Kalau lapar, call je dia suruh belikan makanan. Lepasni dah tak ada lagi nak manja2 macamtu. *sebak* B kita cakap kita kena berkorban sikit. Betul cakap dia, berkorban sikit berpisah jauh dengan dia, dengan mak and kakak2, dengan kawan2 baik, dengan SDA. Berkorban adalah perkataan yg paling sesuai yg dapat menyedapkan hati kita sekarang ni.

Thanks, B. Now kita dah ada semangat sikit! Sikit jela. Huhu. Tapi masih sedih. Thanks again. I love you :)

Good & Bad

Assalamualaikum.

Hi semua. Sihat? Dah lama jugak tak update blog ni. And sekarang nak update, nak cerita sikit pasal kes sambung belajar ni. Kita kan mmg ada apply degree dekat UiTM. Kita apply Office Management (OM). Hari tu (berapa haribulan tak ingat) kita dah check result. Malangnya, kita tak dapat masa tu. Memang frust gila masa tu sbb memang nak sangat sambung degree. Plus nak sambung sama2 dengan bestfriend kita, Amoy.

And tadi mak kita suruh kita buka web UiTM sbb ada kawan dia suruh check kat situ. Alhamdulillah, kita dapat sambung degree course yg kita mintak tu. *happy* Tapi yg tak happy, kita tak dapat study dekat UiTM Shah Alam. Kita tercampak dekat UiTM Sri Iskandar, Perak. Jauh kan? Sudah jatuh ditimpa tangga. Dah la tercampak ke Perak, kawan baik kita, Amoy pulak dapat sambung dekat Shah Alam. How sad!

Susahnya nak mencari kawan baru kat U nanti. Haih, sedih betul. Dah berangan macam2 sebelum apply dulu. Nak sambung belajar sama2 dgn Amoy, duduk serumah, study sama2, buat assignment sama2. Tak tercapai impian tu. What can I do? Dah ini keputusannya. Mak kata "sambung Master nanti belajar sama Amoy, ok". Reaksi aku time tu "hmmm" jela yg mampu.

Tapi tak apa lah, kan? Mak and kakak2 saya semua bagi kata2 semangat. Diaorang suruh pergi je. Nanti kat sana boleh cari kawan baru. Tak tau boleh cari kawan yg sama macam sekarang atau tak. Harap2 semuanya okay2 belaka. Doakan kita ok? And to Amoy, weekend kalau free kita jumpa ek? Perak tak jauh sangat pun! *sedapkan hati*

Itu je kita nak cerita. I hope everything will be fine. Btw, thanks for your time, reading my entry. Love you! *hugs*

Sunday 7 August 2011

Kenapa?

Kenapa lah hati ni selalu cemburu?

Kenapa lah hati ni selalu fikir bukan2?

Kenapa lah hati ni selalu rasa tak percaya?

Kenapa lah hati ni susah nak menerima?

Kenapa lah hati ni susah nak berfikiran positif?

Kenapa lah hati ni keras macam batu?

Kenapa lah hati ni mesti nak marah?

Kenapa lah hati ni terlalu egois?

Jawapannya adalah hasutan syaitan.

Saturday 6 August 2011

My dream car

Ini lah kereta2 idaman kita. Kita harap satu hari nanti kita dapat pakai salah satu kereta2 pilihan kita ni. Hehehe. Tingginya cita2 kita, kan?

Semua kalau boleh nak pink. Apa pun tak boleh!

Range Rover Evoque
Mini Cooper Countryman
Lamborghini Murcielago
Volkswagen Scirocco

Last but not least, kereta idaman kita adalah yg di bawah ni. Asyik kereta international je. Ok, ini kereta tempatan idaman kita. *cium pintu kereta ni!*

Satria Neo CPS

Friday 5 August 2011

Stop dreaming, girls!

Awak2 sekalian, kita baru je lepas baca http://ohbulan.com beberapa minit yg lepas. Entri yg paling latest adalah pasal jejaka terhangat di pasaran yg seorang ni. Agak2 kalau tengok gambar ni korang boleh cam tak siapa orangnya?

Mungkin inilah gambar2 yg menjadi punca putusnya pertunangan encik jejaka dengan kakak yg jari runcing sangat tu. Hehehe. Sabar jela, kan? Siap pegang tangan tu, bak kata Ohbulan, takut adik dia yg baju oren tu sesat pulak dalam Universal Studio tu. Kita doakan yg terbaik je lah utk awk ye, cik abg keeper :)

Sumber gambar : http://ohbulan.com

After 4 years... :)

Hi semua, assalamualaikum.

Tajuk entri kita After 4 years tu sebenarnya berkaitan dengan kisah cinta kita. Hehehe. Saja je update sebab tengah rajin sangat2 ni! Kita nak cerita sikit je pasal kita dengan B kita ni. Sikit je, tak banyak!

Kita dah lama kenal B kita tapi kita bercinta dengan dia baru 2 tahun lebih. Kita kenal rapat degan dia since 2007 dekat Myspace. But sekarang Myspace kita dah takde pun, kita dah delete.

Kekadang rasa tak sangka pulak bercinta dengan dia sebab dulu kita selalu gaduh dengan dia kat Myspace. Dia selalu cakap kita ni takde kerja lain, asyik online pagi2 la, apa la, itu la. Grr. Tapi sekarang, sayang-menyayang! :)

Ini gambar2 dia sejak kita kenal dengan dia.
Kiri atas : 2007  Kanan atas : 2008
Tengah : 2011
Kiri bawah : 2009  Kanan bawah : 2010
I love you so much, Ahmad Afiq Ishak! :)

I'm so happy!

I'm so happy sebab kita dapat benda yg kita nak. B kita hadiahkan untuk kita. Thanks, B! Love you :)

Ini lah dia jam yg kita nak sangat! And kita dapat masa birthday kita. Thanks, sayang!


Terhenti Di Sini by Asfan


Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menanggung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
Kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Tiba2 tersuka dekat lagu ni. What a wonderful song. Thanks to cerita Nora Elena sebab kenalkan lagu ni kat kita! :)

Weight gained!

Assalamualaikum.


Hi, awak2 sekalian. Entri kali ni kita nak cerita pasal berat badan. Kebelakangan ni, kita selalu dengar orang merungut sebab berat badan bertambah, makin gemuk, makin chubby and macam2 lagi lah! Termasuk lah kita. Grrr. Dah banyak kali cuba diet, tapi tak boleh. Maksud kat sini bukan tak boleh kurus, tapi tak boleh tahan dengan godaan makanan. B kita kata "orang lain kalau teringin nak makan apa2, sebulan sekali, awk punya teringin nak makan sesuatu tu, tiap2 hari!" Hehehe :p

B kita dah banyak kali pesan suruh jaga badan. Dia suruh jaga badan sekarang, jangan kemudian. Ok, sekarang dah bulan puasa. Dah 5 hari dah kita berpuasa. Berat badan korang semua dah turun ke belum? Dari apa yg kita dengar dari sorang dua kawan, ada yg dah turun 3 kg lah, itulah, inilah. Kita diam je sebab kita belum timbang berat lagi masa tu. 

Ok, malam tadi kita pergi JJ dengan B kita. Pastu kita pun timbang la berat kita ni. Hasilnya sangat menyedihkan. Berat badan kita tak turun pun. Masih 56 kg. Takpe, Eja. Cuba lagi ye. Sebenarnya, baru tahun ni kita belajar berbuka makan nasi. Tahun2 sebelum ni, kalau berbuka kita lebih suka pilih macam mee, bihun or kueytiau. Jenis2 yg macam tu la. Memang tak reti lah berbuka makan nasi dan lauk-pauk. Tu yg berat badan taknak turun kot, makan nasi banyak sangat. *alasan*

Tapi serius lah, kita mmg nak kuruskan badan. Dapat turun dari 56 kg pegi 50 kg pun cukup lah. Macam B kita cakap, baik jaga badan sekarang. Kalau sekarang dah tak jaga badan, lepas ada anak nanti lagi la. Err, takut! So sekarang ni kita tengah cuba nak jaga badan. *buat muka serius* B jangan gelak, ok? Jangan ajak kita makan Mekdi la, Nandos la, Ayam Penyet la. Tau? :p



Gambar atas ni gambar tahun 2008, masa kita pegi holiday kat Cherating dengan family. Yg tengah2 tu la kita. Masa ni kita 48 kg kot. Kita nak jadi camtu balik boleh tak agaknya ek? (-.-")

Demam Blackberry


Kita org sekarang ni semuanya demam BB. Masa abg B kita belum pakai BB, macam2 lah dia cakap. Bila sekarang dia dah pakai BB, dia pun duakalilima! Cakap ngan dia macam cakap ngan tunggul je kalau dia tengah ngadap Twitter or Facebook.

Dulu kalau lepak, semua menumpukan perhatian masa berborak! Kalau orang tersalah cakap, habis seminggu kena bahan. Sekarang masing2 dah pakai BB, tersalah cakap 10 kali pun tak perasan. HAHAHA. Betul tak korang yg pakai BB? Ce jawab!

Tapi apa2 pun seronok lah pakai BB ni. Cuma kadang2 bila duit kena telan or line lembab tu yg buat tak seronok. Kan? Hehe, saje je buat entri ni. Tengah rajin nak layan blog baru. Esok dah lama2 sama jugak macam blog lagi satu tu :p

Okay, tu je nak cerita. Nanti jumpa lagi. Kita nak siap2 nak pergi Bazar Ramadhan. Nak beli juadah buka puasa. Sesiapa yg nak pergi Bazar Ramadhan macam kita, jangan membazir tau. Beli makanan tu jangan ikut napsu. Hehe. Okay, byee!

Jangan Lupa!

Assalamualaikum.

Kita nak promote ni. Every Rabu & Khamis, pukul 6.30 sementara tunggu waktu berbuka puasa tu, rajin2 lah tengok TV9. Program Ini Kisahku. Cerita pasal penghijrahan artis2 kat Malaysia ni. 2 episod dah lepas Catriona Ross & Sham Kamikaze. Mana2 yg terlepas tu, catch up dekat Tonton ok? Next episod ada Mawi, Amer Munawer, Wardina, Ramli MS and ramai lagi. Program ni kakak kite jadi Penerbit Penyelaras. And bagi kite its a good program. Mesti tengok tau! :)

Jumpa lagi next entri! Byee..

Thursday 4 August 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Hi, semua. Rasanya belum terlambat lagi kan nak ucap?

Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa. 
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya. 
Aminn :)

Girlfriends

Badly missing my girlfriends, Amoy & Ned. 


Nanti kite jumpa, ok? Love both of you! *hugs*

Meet my new blog!


Assalamualaikum, semua.

Okay, I'm Eja. This is my new blog. Blog lama http://luvroxy.blogspot.com dah tak active. Nak mulakan penulisan baru. Tak nak campur yg lama. Harap-harap ada banyak masa nak jenguk yg ni nanti!

Darlings, follow me ok! Jumpa lagi next entry :)